CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 21 January 2013

PudiNg KasTaD BeRKuAh KokTeL..

Kali  nie Sha buat Puding Kastad BerKuah Koktel...mmg sedap wooooo...makan sejuk sejuk..Sebenar buat untuk majlis hari jadi my daughter Aina Batrisya...Sebelum tetamu datang kena mencuba dulu kalau tidak, tak sempat merasa..kui ...kui..layanzzzz


PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

Bahan-bahan:-
Untuk Kastad:-

  • 100 gm tepung kastad + Air (supaya tidak berketul)
  • 1500ml liter air
  • 1/4 cawan gula (klu nak manis tmb lagi) 
  • 1/3 cawan susu sejat FN
  • 1 paket agar agar
Cara-Cara:-

Campurkan agar agar dan air ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga  agar agar dah pun hancur  Masukkan gula. Agak agak dah sebati masukkan susu cair dan akhir sekali dah masukkan kastad . Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.*.Kalau menggunakan agar agar lebih sedap tau..

Untuk Kuah:-
  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • I tin Fruit Koktail
Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap.Akhir sekali masukkan Fruit Koktail. Sejukkan.

Hiasan:-
  • Buah Kiwi (optional)
Cara Hidangan:-
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur  dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...

0 comments:

Post a comment