CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 31 July 2013

Kek Chocolate Double Indulgence

 Tempahan dari Cikgu Khasminah sekeluarga...thanks dear


Tempahan Raya CRUNCHY NUT dah tutup ya.

Salam uolsss...syukur alhamdulillah ..tahun nie Crunchy Nut memang meletop masa raya nie...kepada yang mengoder...thanks ya...

Yang bestnya...makan banyak banyak nuts nie tak keluar jerawat tau...nie bukan sekarang kekacang ya..memang sedap sangat dan sangat berkhasiat...bunga biji matahari, almond, biji labu dan black seed.

Ni gambar sebelum masuk oven..huhu
Akhirnyan siap , nak masuk dalam balang...huhu

Chocolate German Cookies

Kali nie , Sha buat Chocolate German Cookies pulak..huhu





German Cookies

Bila tengok , kawan kawan buat Geman Cookies teringin pulak..huhu...Memang sedap " melt in my mouth " gitewww..muahaha




German Cookies
 (Resepi dari Kak Wan )

Bahan bahan
250g mentega
100g gula aising
250g tepung kentang
100g tepung gandum
1 biji telur putih

Hiasan : Sugar Colour

Cara membuatnya :
1. Ayal tepung gandm dan tepung kentang . Ketepikan dulu.

2.Putarkan mentega dan gula aising sehingga berkrim. Masukkan Putih telur..kacau sehingga sebati.

3.Masukkan tepung yang sudah diayak tadi dan digaul rata dengan spatula. Rehatkan doh 15 minit.

4.Ambil doh sebesar ibu jari (10g) bulatkan dan golekkan bahagian tepinya dengan sugar colour. Gunakan spatula untuk hiasan diamond diatasnya.

5.Bakar di dalam  oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 160 C selama 15 -20 minit..

Tuesday 16 July 2013

Crunchy Nut Caramel

Assalamualaikum uolsss... nie Sha buat biskut raya terhangat 2013 sekarang nie..huhu. insyallah pasti " kedeboom" ..walaupun cara membuatnya agak mudah tapi harga kekacang nya agak melambung ,mahai siki kan..paham paham saje lah..Rasanya ...tak boleh nak cakap ..rasanya kalau mata pejam pun boleh nak mengunyah lagiii..hihi..Memang makan macam tak hengat... gitewww... 
                                   




Crunchy Nut Caramel
Rujukan : Kak Patmah Aspar /Kak azlita masam manis

Bahan bahannya:
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm biji kuaci hitam
 20 gm bijan hitam
 50  gm biji labu

Cara membuatnya:
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Monday 15 July 2013

Chocolate Cornflake Macaroons

Assalamualaikum uolsss...puasa puasa nie ..suka pulak tgk majalah masakan....rasa macam macam nak buat..huhu...tapi bila difikirkan yang nak makan tu berapa kerat sangat...jadi masak pun skit skit jerrr lah..supaya tak membazir....kali nie Sha buat Chocolate Cornflakes Macaroons..memang sedap...manis manis dan rangup..bila makan memang tak ingat nak berhenti...nasib baik puasa huhu .Nie kes nak perabihkan stok putih telur lah nie...akhirnya dapat juga sebalang ...untuk kudap kudap malam harii..hehe...untuk raya mungkin buat yang lain pulak..muahaha...







~CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS~
sumber:bro rozzan
Bahan-Bahan

280 gm cornflakes  

100 gm choc chips

100 gm almond flakes

255 gm gula halus

115 ml putih telur(dalam 4 biji telur sedang)

½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam halus
Cara-Cara:
Pukul putih telur hingga naik.

Masukkan garam dan gula lalu pukul terus hingga pekat.

Kemudain masukkan cornflakes. choc chips dan vanilla. Gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 100 gm almond flakes ( boleh tambah seperti kacang, walnut, hazelnut kalau suka lahh).


Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 170 darjah Celsius selama kira-kira 25 - 30 minit ...(yg nie mengikut oven masing masing ya..huhu )

Wednesday 10 July 2013

Biskut Dahlia..

Projek today ..huhu..today.buat Biskut Dahlia ..walaupun simple yang pasti anak anak dan cik abang sukee..
Buat awal awal ni..rasanya tak sempat tunggu raya..balik terawih pasti nak kudap kudapkan..Sekali makan pasti nak lagi dan lagiiii. :P






BISKUT DAHLIA

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard
Coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan

Haloooo..aloooo uolss...kesempatan ini,.Sha ingin mengucapkan .".Marhaban Ya Ramadhan" kepada semua pelanggan Sha Cakes, pengunjung setia blog Sha Cakes  dan blogger yang dihormati. Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga Kita Di Berkati di BulanYang Penuh Mahfirah ini. Amin . Salam Ramadhan dari Sha Cakes..

                     








Monday 8 July 2013

Menjamu Selera

Salam uols, kali nie Sha buat Nutty Raisin Roll Bun yang telah diolah sebegini..dan Kek Karamel Honey...agak busy sikit hari nie kerana ada tetamu yang nak datang...huhu

Nutty Raisin Roll Bun yang sudah diderhaka kan...huahuahua...sori chef ...Sha masukkan apa yang ada jerrr...jadi terhasillah Nutty Raisin Roll Bun yang terlebih gebu nan montok...Memang enak bangat..


Kek Karamel  Honey yang pasti dah makan pasti terkenang kenang..huhu


Selamat Menjamu Selera...bagi yang nak datang rumah ..insyallah ..kalau sempat adalah dessert yang boleh buatkan...itupun kalau sempat erkkkk


Makcik dan sepupu dari Batu Gajah yang datang bertandang ke teratak Sha...thanks uolsss...padahal meja ada jerrr..tapi disebabkan nak tengok hindustan punya pasal makan makan kat bawah jerr lah . Memang santai...layannnzzz


Sunday 7 July 2013

Bun Sardine

Salam uols...bila dah belajar Doh Asas Bun...jadi pelbagai roti boleh buat...Kali nie Sha buat Sardin Bun pulak...memang seronok bila anak anak makan hasil tangan sendiri ..yang pasti tanpa bahan pengawet dan terjamin kebersihannya..



Belajar pastri dengan Chef Sue

Salam uols...nie sebahagian pembelajaran buat roti bersama Chef Suwarsi ...memang enak bangat tau..huhu. Yang nie , Chef Sue mengajar buat Chelsea Bun , Roti Pita. Cream Puff dan Roti Kismis..

Nie gambar sebelum dibakar...kiranya baru nak susun susun sebelum dimasukkan kedalam oven...

Dengan khusyuknya Sha belajar dari mentor masakan Chef Sue dan Puan Haliza..muahsss

Yang nie pulak Roti Pita boleh makan dengan kuah kari daging , ayam, dal , sardine...apa apa jerr lah..huahuahua...

Gelek jangan tak gelek...nie Roti Pita sebelum masuk oven...memang best belajar nie...huhu

Friday 5 July 2013

CUpcake Candy Crush...

Tempahan Cupcake Candy Crush dari Cik Quratul  ..Untuk  Cik Yana Sweet 26....thanks dear



Thursday 4 July 2013

ROti BOy / Roti Mexican....

Sejak dua menjak nie suka sangat buat roti....sebagai kudapan kat rumah...stok tepung roti mesti ada selalu...senang bila terdetik nak buat,..boleh terus buat...yang pasti anak anak suka..



ROTI BOY / ROTI MEXICAN
      Bahan  Inti
       50 gram mentega bergaram, dilembutkan
        1/4 sudu teh esen vanilla
        25 gram gula perang
         Bahan Topping
        50 gram mentega, dilembutkan
         40 gram gula aising, diayak
      1  biji telur, dipukul sedikit
        1 1/2 sudu makan esen coffee
        50 gram tepung serbaguna, diayak
        Bahan  Doh Manis
       250 gram tepung roti,  
        10 gram tepung susu
     35 gram gula castor
        1/2  sudu teh) garam
    1 1/2 sudu teh yis segera
      1/2 biji telur, dipukul sedikit
      135 gram (135 ml) air
      30 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara
1.    Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2.    Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi  Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag .
3.    Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. (Selepas menguli gunakan mixer, Sha uli doh dengan menggunakan tangan sambil ambil sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh kelihatan licin dan lembut) Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50 gram (Sha dapat 13 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
4.    Cara untuk membuat Roti Boy : Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan .Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.