CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 4 July 2013

ROti BOy / Roti Mexican....

Sejak dua menjak nie suka sangat buat roti....sebagai kudapan kat rumah...stok tepung roti mesti ada selalu...senang bila terdetik nak buat,..boleh terus buat...yang pasti anak anak suka..



ROTI BOY / ROTI MEXICAN
      Bahan  Inti
       50 gram mentega bergaram, dilembutkan
        1/4 sudu teh esen vanilla
        25 gram gula perang
         Bahan Topping
        50 gram mentega, dilembutkan
         40 gram gula aising, diayak
      1  biji telur, dipukul sedikit
        1 1/2 sudu makan esen coffee
        50 gram tepung serbaguna, diayak
        Bahan  Doh Manis
       250 gram tepung roti,  
        10 gram tepung susu
     35 gram gula castor
        1/2  sudu teh) garam
    1 1/2 sudu teh yis segera
      1/2 biji telur, dipukul sedikit
      135 gram (135 ml) air
      30 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara
1.    Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2.    Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi  Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag .
3.    Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. (Selepas menguli gunakan mixer, Sha uli doh dengan menggunakan tangan sambil ambil sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh kelihatan licin dan lembut) Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50 gram (Sha dapat 13 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
4.    Cara untuk membuat Roti Boy : Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan .Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

0 comments:

Post a Comment