CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 10 July 2013

Biskut Dahlia..

Projek today ..huhu..today.buat Biskut Dahlia ..walaupun simple yang pasti anak anak dan cik abang sukee..
Buat awal awal ni..rasanya tak sempat tunggu raya..balik terawih pasti nak kudap kudapkan..Sekali makan pasti nak lagi dan lagiiii. :P






BISKUT DAHLIA

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard
Coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

0 comments:

Post a comment