Diam tak diam tangan nie teringin pulak nak buat Roti tapi ala ala Mini Pizza untuk juadah anak anak..sementelah ada mesin penguli..semuanya campak dalam mesin jerrr mudah kan.Tak buat banyak mana pun ..tapi cukup lah untuk anak beranak yang tak makan banyak nih....dan boleh di bawa bekalan ke sekolah...huhu. Memang sedap..
Doh ban manis asas
bahan
A
480g tepung roti
120g tepung gandum
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
1 sudu teh soft bread
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega
cara
1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya
Hiasan
sausage
Cili Sos / Sos Tomato
Sayu Campur
Mayonise
Untuk pengetahuan , dengan doh asas ni boleh dibuat rati sardin ., roti kacang merah, roti sausage apa apa jerrr lagi, mengikuti kretiviti masing masing ..selamat mencuba...
0 comments:
Post a Comment