Ni aktiviti pagi nie, berkayuh sampai D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani..memang best masuk kampung dengan udara yang segar..teringat lagi masa duduk di Ampang memang tak berpeluang macam nie..hari hari sibuk ..masuk kerja pukul 10 balik pukul 6 ..macam biasa nak balik memang jemm giler..especially bila dah masuk laluan Jalan Raja Muda Musa , Keramat ,Ampang Point sampai Taman Kosas hampir maghrib baru nak sampai..pastu kelam kabut nak ambil anak kat pengasuh pula...balik nak masak lagiii..kini syukur alhamdulillah semuanya lebih teratur ..dapat udara yang segar dan memang heaven..
Selepas penat mengayuh singgah beli Nasi Lemak di tepi jalan Kampung Sg Hj Dorani..yang bestnya Nasi Lemak Berlauk Sambal Ikan Gelama..memang sedap..nasi lemak kampung sempoi yang segala galanya masih fresh..ikan yang fresh serta haruman daun pisang yang fresh gitewww..
Sambil makan melihat bot yang nak ke laut..teringin sekali nak naik bot..tapi takut..ni dah sah kerana terpengaruh tengok cerita Life of Pi..huhu
Hari ni cuaca cantik sangat ..panas...sesuai nelayan nak ke laut mencari rezeki..
Pusing pusing kat chalet D'Muara Marine Park Sg Hj. Dorani..
Apalagi meneruskan perjalanan balik..ada tempahan yang perlu disiapkan..huhu
Macam biasa ,kalau dah pakai mesti cuci tayar..hihi..ni kerja cik abang...
Setiap pagi selepas hantar anak sekolah kalau takde tempahan sebelah pagi...bolehlah berkayuh.Nie lah aktiviti pagi pagi bagi orang yang takde kerja..bestkan..huhu..Yang pasti Enjoy bersama dengan cik abang ..
Cucur Labu Kuning
2 months ago
0 comments:
Post a Comment